Friday, January 4, 2013

Makanan bayi mengikut usia: 6 bulan

Assalamualaikum

Hi Mommies, bakal mommy, Daddy dan bakal daddy!Ni reading material yang sgt berguna utk uols.Owh ye!Yang bujang trang tang-tang tu pun boleh baca, persediaan..hihi..

Kali ni YM nak share satu artikel mengenai pemakanan Bayi di usia 6 bulan.
 
Masa usia enam bulan, anda mungkin sudah dapat perhatikan tanda-tanda yang bayi sudah bersedia untuk meluaskan dietnya. 

Pada ketika ini, dia sudah dapat menegakkan kepalanya sendiri dan akan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain makanan cecair sekarang. 

Dia juga akan mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya.

Namun, ini tidak bermakna yang bayi anda sudah pandai duduk dan makan dengan garfu dan pisau. Sebenarnya, makanan awal bayi pada mulanya bukanlah pepejal; malah, makanan awal sepatutnya bersifat separa cecair sebab kemahiran mengendalikan pemakanan adalah kemahiran yang dipelajari oleh bayi secara perlahan-lahan.

Jadi pada awalnya apakah makanan yang boleh dicuba? 
Makanan awal yang selalu disyorkan ialah bijiran beras ditambah zat besi khas untuk bayi sebab mudah dicerna dan memang diketahui akan tidak mencetuskan sebarang reaksi alergi. Kementerian Kesihatan juga menyarankan bubur nasi masakan rumah.

Mulalah dengan mencampurkan satu sudu kecil bijiran dengan empat atau lima sudu kecil susu badan, susu formula, atau air masak suam. Anda boleh menggunakan sudu bayi tetapi sesetengah pakar menyarankan supaya anda menggunakan jari saja, tetapi pastikan ianya bersih. 

Secara ringkas, cecahkan hujung jari anda ke dalam campuran bijiran dan suapkan bayi anda. Jangan harapkan yang dia akan makan banyak pada satu-satu masa – perut bayi yang kecil hanya dapat mengisikan hidangan yang sedikit, dan sebahagian besar nutrisinya akan terus datang dari susu badan atau susu formula untuk beberapa bulan ke depan lagi.

Makanan lain yang boleh anda mulakan pada usia enam bulan termasuklah puri buah-buahan seperti pisang, pir dan epal, dan sayur-sayuran seperti karot, labu dan kubis bunga. Anda juga boleh mencuba sayur-sayuran berkanji seperti ubi kentang dan ubi keledek. 

Di usia ini, adalah penting untuk memberikan bayi anda makanan berperisa lauk-pauk berbanding yang manis, jika tidak, dia akan membina kegemaran terhadap makanan manis.

 Teringat pulak zaman My son Yayan bebi-bebi dulu...hehe.YM selalu buatkan puri buah epal, karot dan ubi kentang.Tapi, puri epal dia tak bape suka sbb masam sket.hihi...memilih gak kecik2.ekeke.

Oklah, Gud Luck uols!



3 comments:

GreenJade said...

tq tq sis..bagus info ni..boleh sy bersedia utk 3 bulan lg utk si little prince sy tu..hehehe

happy new year yeah!

Cik Nur said...

alahai..rindu lak si yayan tu..
lama akak tak citer pasal dia...

Riena Haiqal said...

info yang berguna.. masa Haiqal kecil2 dulu memang suka bagi dia makan carrot... tapi selalu bagi dia bubur yang dalam tin tu..

 
site design by designer blogs