Monday, March 12, 2012

Tips pisahkan anak dengan botol susu

Assalamualaikum.

YM ni bukanlah pakar kanak-kanak.YM jugak masih lagi belajar.Belajar melalui buku,majalah dan juga melalui internet. Sekarang ni, senangkan?semuanya dihujung jari je.Kalau nak info tentang apapun, kita just kelik!kelik! jer.Wahhh!amat pantas!

Berbeza dengan ibubapa kita dulu.Mencari info melalui buku dan juga melalui pengalaman orang-orang terdekat, tu pun kalau ader.Kalau takde, ha! bereksperimentasi la mereka, which is good jugak sebenarnya,but takes times la kan?

Yayan dah pun berjaya dipisahkan dengan botol susunya,macam yang YM pernah citer kat entry INI.

Okeh, kali ni YM kongsikan Tips pisahkan anak dengan botol susu kesayangan mereka :

1. Waktu yang terbaik untuk memulakan langkah ini apabila anak anda sudah pun boleh berjalan sendiri tanpa bantuan sesiapa.


2. Beli la sippy cup / gelas minuman utk kanak-kanak yang menarik perhatiannya.Semestinya yang berwarna-warni dan mempunyai gambar kartun yang comel-comel. Kalau boleh, ajak la dia sekali memilih cawan / gelas minuman kegemarannya itu.



3. Simpan botol-botol susu kesayangannya itu.Jauhkan / lenyapkan terus daripada pandangan matanya.

4. Biasakan dia minum menggunakan cawan tersebut.Pujilah dia sebanyak mungkin.Kanak-kanak memang suka dipuji.

5. Bagi mereka yang mempunyai anak yang perlu menghisap botol susu sewaktu hendak tidur, cabaran memang hebat. Apa yang perlu anda buat ialah kurangkan penggunaan botol susu di waktu siang hari.Hanya berikan botol ketika dia hendak tidur.

6. Sekiranya anda telah berjaya melenyapkan terus penggunaan botol susu di siang hari, maka anda sudah bersedia untuk menghilangkan penggunaan botol susu sewaktu tidur.

7. Menetapkan had masa anda itu sangat penting. Contohnya, anda memberi diri anda dan anak anda selama 3 hari utk dia tidak menggunakan botol susu di siang hari,kemudian setelah berjaya barulah anda bergerak menuju ke proses seterusnya iaitu sewaktu hendak tidur.

8. Apa yang perlu anda buat ialah pastikan dia tidur dalam keadaan yang kenyang.Berikan anak anda makanan pejal yang berkhasiat dan berikan dia segelas susu suam sebelum tidur.

9. Dodoikan anak anda semasa dia hendak tidur / bacakan buku kegemarannya supaya ingatannya tidak pada botol susu itu lagi dan dia dapat tidur dengan tenang.

10. Dia pasti akan terjaga beberapa kali di waktu malam dan anda perlu kuatkan semangat anda.Tenangkan dia atau berikan dia minum sedikit air melalui gelas / cawan kesayangan itu. Sekiranya dia menolak, jangan paksa. Pujuk la dia dengan belaian,tapi bukan dengan kata-kata, okay? agar dia dapat tidur semula dengan keadaan yang tenang.

11. Anda perlu kuat dan sabar. Jangan mengalah dengan tangisannya.Sebagai ibu, anda mesti tahu membezakan tangisan yang mana membahayakan dirinya, bukan? Jgn alah pada tangisannya.Bisikan pada hati anda " ni semua utk kebaikan dia juga".

12. Sekiranya anda adalah ibu yang berkerjaya, anda mungkin perlu mengambil cuti untuk beberapa hari bagi memastikan perancangan anda berjaya.Lagipun, mungkin anda tidak cukup tidur pada masa itu kerana terpaksa bangun beberapa kali.(^_^)

Oklah, tu je. Semoga berjaya yer!

14 comments:

Cik Nur said...

ermm..mmg besar cabaran bg ibu2 yg nk pisahkan anak dgn botol susu ni kan..walaupun xde pgalaman lagi, sy tahu pasti susah..akan jadi panik bila si anak mraung2 nk botolnya..

YM..yup, sy dah sihat..alhamdulillah. :)

LiErOSe~QiEmi said...

bagus la tips ni..

penah dulu cuba tukar letak susu dlm cawan or bekas comel2, tetap!! tak bleh minum, nak botol jugek.. adeii.. mmg kena keje keras pisahkan botol..

Wawa Tasliman said...

Jangan pisahkan aku dan 'dia'.. hihihi.. :)

IntaNBerliaN said...

alisha jugak yg xreti guna botol susu.. reti pun gitu2 je..hahhahhah.. mklumlah alisha ni reti minum susu ibu dia je..hihiihiii

Mr.Clive said...

Ok.pengakuan sekali dalam sejarah.berhenti umur 7 tahun. >_<

AdaM Hawa said...

tq la share info..

Cute Mum said...

dania menyusu pakai botol bila kat rumah nenek.. tapi dari kecil dania bukan jenis budak yang sentiasa dengan botol.. maksudnya ada budak menyusu sampai tertido n tak nak lepas puting.. dania lepas minum die letak tepi.. so kalo pergi jalan-jalan tak susah sangat..

Pepel BoNda AmaNi said...

leh praktik kan nanti tuk amani...

LYAfrina said...

bgus la tip ni.. asya smpai skang xleh pisah lg dgn botol.. xtau nk wk gne.. hrp mnjadi bla cba cara ni

munna said...

kak munna tgh training Yasmin berhenti hisap susu badan

Melati Qistyna's Mummy said...

Alhamdulillah... anak akak mmg x suka botol, lepas stop bf, dia minum kat cawan je :)

...sWeeT uMi... said...

umi plak..lepas je bersalinkan nawfal tu...automatik si abang-abangnya benti botol...bile tnya nape,diorg kata malu kat baby hehehehe...

Yas y said...

La ni mmg ader sorang yg bakal menjadi mangsa cerai ngan botol dia...hehehe

Zie Madini said...

haa...nice tips utk mommy-to-be mcm zie ni. thank YM :)

 
site design by designer blogs