Wednesday, April 15, 2015

WW : Rindu Abah!

Bismillah

Tetiba je sayu bila tengok adegan anak peluk ayah kat drama nieh.Tetiba pedih rasa kat ulu hati...tetiba bergetar rasa seolah-olah boleh rasa pelukan abah.Allah...Allah...rindunya kat Arwah Abah!

Ada beberapa perkara yang YM sesalkan sebab tak sempat buat sebelum abah pergi...Tapi,yelah..Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya.
                                                          

Tuesday, April 14, 2015

Tips Penjimatan : Cara mengekalkan kesegaran Ikan

Bismillah
Pagi kelmarin,awal-awal lagi lepas brekfast YM pegi beli ikan Fresh kat tepi jeti Kuala Kerteh,dekattt je ngan umah YM (dalam 5 mins je ngan keta).Stok ikan dah clear kat Fridge.So,memang dah rutin la stock up ikan,so takyah beli ikan hari-hari walaupun Pasar Basah boleh jalan kaki je dari rumah tu about 5 mins dah sampai.Memang selalu beli ngan abg kat tepi jeti bawah pokok ni coz harga ikan dia agak murah berbanding ngan YM beli kat Pasar basah tu.
Bila nampak je muka YM ngan asben keluar dari keta,abg tu terus je cakap.. "ha,meh beli ikan nie,fresh lagi baru je naik dari laut!Harga hari ni pun tgh murah nieh.Ikan kembung RM12 sekilo,biasanya RM14 kan.Ikan pun gemuk-gemuk,hijau-hijau2 lagi".Panjang pulak abg ni pot-pet,hihi.Tapi YM suka je dengar,at least kita dpt info dan kita taw dia mmg jenis peramah kan?
Bila YM tengok sendiri ikan tu...wahhhhh!mmg fresshhh uols!Takdenye mata merah or lembik-lembik.Keras lagi haaaa.Memang kalau masak,manis la rasa ikan tu.Nyum-nyum.Dah terbayang bila goreng cecah sambal belacan/air asam/budu or Tempoyak,perghhh!terangkat!
So,YM pun borong 2 kilo skligusIkan Kembung tu.Abg tu pun kata,sementara murah ni,better la stock up lebih sikit.Yelah,betul juga kan?sementara dapat berjimat nieh,better la beli lebih sikit,at least boleh la jimat RM4 (dah lepas dah GST utk 1 resit tu,kikiki).Then,YM beli Ikan Mudok sekor yang bersaiz sederhana nak buat masak Gulai nanti.Ikan Mudok mmg best uols.Nak-nak kalau fresh!
Bila dah sampai umah,YM pun terus asingkan ikan-ikan nie ikut invidual pack.So,bila nak masak,takdelah YM kena keluarkan semua untuk defroze kan?Selalunya setiap kali masak,YM akan masak dalam 2 - 3 ekor camtu.Al-maklumlah,My asben n son mmg suka sangat meratah ikan.Hihi.
Bila dah asingkan 3 ekor dlm setiap bag tu, so YM dapat la 4 bags.Oklah kan,utk 4 kali makan.YM memang dah lama buat camni dan ikan mmg rasa fresh dan tahan lama berbanding dengan kita letakkan dalam satu bekas,then bila nak masak kena keluarkan semua ikan-ikan tu utk proses defroze.Coz biasalah kan,kita selalunya kalau nak percepatkan proses defroze tu akan rendam fish tu dengan air kan?so teknik tu la akan buat ikan tu cepat rasa tak best.
At least,bila kita dah asingkan ikut kuantiti yang kita masak setiap hari,ikan yang lain takdelah kena keluarkan sekali kan?dok la diam2 dalam deep freeze.Hehe.Selain menjimatkan masa dan minyak,takyah berulang banyak kali ke Pasar,ikan pun fresh kan?
Selamat Mencuba kawan-kawan!